Soalan:
Encik Johari berkhidmat sebagai seorang Penolong Pegawai
Tadbir di Wisma Putra. Beliau telah membuat pinjaman sebanyak RM 100 000
daripada sebuah bank dengan tujuan untuk membeli Amanah Saham Bumiputra (ASB).
Bayaran balik bulanan yang dikenakan adalah sebanyak RM2000.00 sebulan. Sijil
saham ASB tersebut disimpan oleh pihak Bank sebagai cagaran dan akan diserahkan
setelah beliau menyelesaian kesemua hutangnya.
(i)
Pada pandangan anda, adalah pegawai ini boleh
dianggap berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. Beri alasan
(ii)
Jelaskan Implikasi Perkhidmatan yang akan
ditanggung oleh seseorang pegawai yang disifatkan berada dalam keterhuntangan
kewangan yang serius.
( i) Premis 1 – untuk membuat pinjaman melalui bank, salah
satu dokumen yang penting adalah penyata
pendapatan bulanan pegawai.
Premis 2- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuam dan
Tatatertib ) 1993
Merujuk kepada Premis 1, penyata pendapatan bulanan pegawai menjadi salah satu cara pihak Bank menilai
kebolehan para permohon untuk membayar balik pinjaman. Adalah menjadi
pengetahuan umum bahawa jika permohon tidak mampu membayar ansuran bulan
pinjaman tersbut kelulusan tidak ada diberi oleh pihak Bank.
Salah satu cara untuk mendapatkan kelulusan Bank bagi
pinjaman berkenaan adalah dengan membuktikan pendapatan selain daripada emolument
bulanan pegawai.
Apa yang dimaksudkan dengan “berada dalam keterhutangan kewanagan yang
serius” kita rujuk Premis 2, Peraturan 13, subperaturan (7) yang menyatakan
bahawa Ungkapan “keterhutangan kewanagan yang serius” ertinya keadaan
keterhutangan seseorang pegawai yang setelah diambil kira amaun hutang yang
ditangung olehnya, telah sebenarnya menyebakan kesusahan kewangan yang serius
kepadanya. Subperaturan (8)(a) menyatakan bahwa seseorang pegawai hendaklah
disifatkan sebagai sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika
agregat hutang dan nilai tangungan tidak bercagar pada bila-bila masa tertentu
melebihi sepuluh kali emolument bulananya.
Pada pandagan saya, pihak Bank tidak akan meluluskan
pinjaman tersebut jika pegawai tidak mampu membayar ansuran bayaran balik pinjaman
pegawai tersebut. Kecuali beliau dapat membuktikan kepada pihak bank bahawa
beliau mempunyai punca pendapatan selain emolument beliau yang dapat membantu beliau membayar
ansuran bayaran balik pinjaman beliau.
Jikakalau beliau mempunyai punca pendapatan selain emolument bulanan
beliau maka pinjaman tersebut tidak
menyebabkan kesusahan kewanagan yang serius kepadanya.
Maka Encik Johari tidak boleh dianggap berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.
Maka Encik Johari tidak boleh dianggap berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.
( II) Premis 1-
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuam dan Tatatertib ) 1993
Merujuk Premis 1,
peraturan 14 subperaturan (4) menyatakan bahawa Setelah penimbangkan semua
laporan itu, Pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah memutuskan sama
ada hendak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan.
Jikakalau Pihak berkuasa tatatertib mangambil keputusan
untuk mengenakan tindakan tatatertib, tindakan yang boleh diambil adalah
seperti yang dinyatakan dalam subperaturan (5) iatu hukuman tanguh pergerakan
gaji.
Kepada perkhidmatan pergawai pula, sebarang tindakan
tatatertib boleh menyebakan pegawai tidak akan dapat dipertimbangkan dalam
apa-ap proses kenaikan pangkat. Pegawai turut tidak boleh dipertimbangan untuk menerima sebarang anugerah,Pegawai turut tidak akan mendapat sebagai
Imbuhan seperti bantuan khas kewangan
Tahunan Kerana salah satu syarat Imbuhan tersebut adalah bebas dari tindakan
tatatertib menurut surat pekeliling berkenaan Bantuan khas kewangan tahunan
berkenaan.
Sebarang pembetulan dan tambahan sila komen
(=^_^=)

No comments:
Post a Comment