nuffnang ads

Monday, August 11, 2014

Prektis Periksa KPSL 3

Soalan

Encik Karim berumur 33 tahun telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan awam, pada waktu kematianya, beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai tadbir dan diplomatik secara tetap selama 5 tahun. Beliau baharu disahkan dalam jawatan seminggu sebelum hari kematiannya. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berumur empat tahun.
Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan

(a)    Sama ada Encik Karim layak dipertimbangkan untuk diberikan taraf seorang pegawai berpencen. Nyatakan Alasannya.

(b)   Balu dan anak lelaki Encik Karim didapati layak untuk diberikan pencen terbitan dan/atau apa-apa pampas an terbitan. Apakah sebabnya? Nyatakan juga tempoh pemberian dan jumlah pencen terbitan yang layak diterima

(c)    Huraikan hal keadaan yang boleh menyebakan pencen terbitan yang diterima oleh balu dan anak lelaki Encik Karik diberhentikan.

(A)

Premis 1- Encik Karim meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan
Premis 2- Beliau berkhidmatan sebagai pegawai tadbir fan diplomatik secara tetap selama 5 tahun
Premis 3- Beliau baharu disahkan dalam jawatan  seminggu sebelum kematiannya.
Premis 4- Akta Pencen (Akta 227) 1980.

Merujuk kepada premis 4, seksyen 7, perengan (a) dan (b), Pemberian taraf berpencen. Menyatkan bahawa seseorang pegawai tetao boleh diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen jika ia telah-

(a)    Disahkan dalam jawtannya sekarang ; dan

(b)   Genap tempih selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasukkira.
Merujuk kepara premis 4, seksyen 8, perengan (b), menyatakan bahawa pegawai-pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pegawai berpencen ;

(c)    Seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab-sebab perubatan atau di bawah sekyen 12a sebelm genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira;
Merujuk pula kepada premis 1,2 dan 3, Encik Kasim telah berkhidmat 5 tahun,telah disahkan dalam jawatan beliau dan meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan . Oleh kerana  itu beliau layak dipertimbangkan untuk diberikan taraf sebagai seorang  pegawai berpencen.

(B)

Premis 1- Akta Pencen (Akta 227) 1980
Premis 2- Umur anak  encik Karim adalah 4 tahun.

Merujuk kepada premis 1, sekyen  14, subseksyen 1 menyatakan bahawa jika seseorang pegawai berpencen mati dalam perkhidmatan, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbtian tidak kurang dari satu perlima daripada gaji akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja.  Menurut seksyen 15,subsekyen (1) perengan (b)(i)(ii) menyatakan peneriman pencen terbitan  adalah;

(i)                  Berkenaan dengan seseorang balu atau duda, telah berkhamwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(ii)                Berkenaan dengan seseorang anak atau anak tiri tanggungan, adalah seorang anak atau anak tiri tangungan, adlah seorang anak atau anak tiri tangungan hasil perkhawinan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.

Tempoh pemberian pencen terbitan kepada anak Encik Karim merujuk kepada Premis 1, Seksyen 16 perenggan (b)  dan premis 2 dimana dinyatakan umur anak encik karim semasa beliau meninggal ialah 4 tahun. Maka tempoh pemberian pencen kepada anak Encik karim adalah 17 tahun.

Jumlah pencen terbitan yang diterima adalah satu perlima daripada gaji pegawai yang meninggal dalam perkhidmatan.

( C)

Premis 1- Akta Pencen (Akta 227) 1980

Pemberian pencen terbitan kepada anak Encik Karim akan terhenti merujuk kepada Premis 1, Seksyen 16 perenggan (b dan (c) yang menyatakan bahawa, pencen terbitan atau elau bersara terbitan yang diberikan di bawah akta ini hendalah terhenti jika penerima ;

(b) seorang anak, lain daripada anak yang cacat otak atau hilang uppya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggng dirinya sendiri atau seorang anak yang disebut dalam perenggan (c), apabila berkhawin atau apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang terlebih dahulu; atau

(c ) Seorang anak yang sedang mendapat didikan si suatu institusi pelajaran tinggi tetap tidak melebihi pelajaran yang menuju kea rah ijazah pertama, apabila tamat atau berhenti mendaptkan didikan itu atau apabila berkhawin, mengikut mana yang terlibih dahulu.

Sementara kepada Balu Encik Karim, Merujuk kepada premis 1, Seksyen 21  yang menyatakan bahawa  pencen dan lain lain ganjaran terhenti aabila disabitkan dan Sekseyn 21a, Pencen dan lain lain  ganjaran akan terhenti apabila memperolehi kewarganegaraan negara asing.


Sebarang pembetulan atau tambahan sila komen

Semoga Berjaya Semua~~

Benmaro

No comments:

Post a Comment