nuffnang ads

Tuesday, July 22, 2014

Tuntutan Perjalanan~~*Mileage*

Hari ni dapat soalan yang agak menarik perhatian saya.

Memang Bab-bab elaun dan tuntutan nie isu yang boleh mendatangkan ketidak harmonian suasana pejabat. Terutama diantara kakitangan yang menuntut dan yang menguruskan tuntutan tersebut. Maka ketelitian harus ada dalam proses tuntutan, dengan cara merujuk kepada Pekililing yang berkaitan.

Merujuk kepada permasalah yang ditanya mengenai tuntutan

Premis 1 : Arahan rasmi menghadiri kursus di ibupejabat, Kehadiran adalah Wajib, dengan kelulusan Ketua Jabatan.

Premis 2 : Lokasi kursus di Ibupejabat, jarak dari cawangan ke ibu pejabat ialah 38KM.

Premis 3 : Pelulus tuntutan menyatakan bahawa  tuntutan ditolak kerana kursus berlangsung dalam negeri yang sama.

Premis  4: Pekeliling Penbendaharan Bil.3 2003

Premis 5: Perintah Perintah Am Bab B.

Baik merujuk kepada premis 1, terdapat arahan rasmi, kelulusan  dari Ketua Jabatan dan kehadiran adalah wajib. Ini bermakna kursus tersebut merupakan urusan rasmi  Jabatan.  Menurut  Premis  4 dalam perkara 2..2 (a)  Yang menyatakan lingkungan pentadbiran “Ibu Pejabat” adalah 25KM.  Sekali lagi merujuk kepada Premis  4, Perkara 4. Dibawah tajuk Bertugas Rasmi Di Dalam Negeri  dengan jelas merujuk kepada kelayakan pegawai tersebut membut tuntutan pembatuan (Mileage).

Persoalan seterusnya Pelulus tuntutan menyatakan bahawa tuntutan ditolak kerana kursus diadakan didalam negeri yang sama dapat di sangkal mengunakan Premis 4 perkara 4 sebentar tadi. Akan tertapi jika Jabatan tersebut telah mengeluarkan arahan dalaman atau pekeliling kecil Jabatan yang menyatakan sedemikian, maka pelulus tersebut tidak salah dalam penyataan beliau.

Satu sebab yang nyata kenapa tuntutan ditolak adalah kerana kenderaan rasmi disediakan seperti yang di nyatakan dalam Premis 5, Perkara 4.7.2.

Sekali lagi dalam urusan tuntutan perjalanan, dua sumber rujukan yang penting adalah Premis 4 iaitu Pekeliling Penbendaharaan Bil 3.2003 dan Buku Wajib semua Pembantu tadbir Premis 5 iaitu Perintah-Perintah Am.   

Selamat Berkhidmat....(=^_^=)... Benmaro

No comments:

Post a Comment