nuffnang ads

Wednesday, July 16, 2014

Antara “HAK” dan “KEISTIMEWAAN”

Muat naik kedua blog ini adalah satu topic yang saya baca dalam komen-komen dari para ahli di muka buku “KPTM”. Ia adalah berkaitan dengan Hak dan Keistimewaan terutama buat seorang Pembantu Tadbir.

Saya kurang pasti berapa ramai ahli yang mempunyai latihan undang-undang atau mungkin ada ahli yang sedang meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang. Sebab sebagai seorang pembantu tadbir kita kena faham apa itu Hak dan apa itu keistimewaan.

Dari segi Definisi laman internet:
Hak (rights) ialah “a kelayakan moral atau undang-undang untuk mempunyai atau melakukan sesuatu.” ( a moral or legal entitlement to have or do something)
Keistimewaan (Privilage) ialah “hak istimewa, kelebihan, atau kekebalan yang diberikan atau yang boleh didapati hanya kepada seseorang atau kumpulan tertentu” (a special right, advantage, or immunity granted or available only to a particular person or group)


Contoh pengunaan;
“Pendidikan adalah hak bukan keistimewaan”-merujuk kepada pendidikan  adalah untuk semua bukan untuk golongan tertentu sahaja.

Ini salah satu rujukan untuk perbincangan kepada topik-topik kita akan datang

Sebarang pertanyaan atau pembetulan sila tinggalkan komen anda….(=^_^=)..


No comments:

Post a Comment