nuffnang ads

Monday, August 11, 2014

Prektis Periksa KPSL 3

Soalan

Encik Karim berumur 33 tahun telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan awam, pada waktu kematianya, beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai tadbir dan diplomatik secara tetap selama 5 tahun. Beliau baharu disahkan dalam jawatan seminggu sebelum hari kematiannya. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berumur empat tahun.
Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan

(a)    Sama ada Encik Karim layak dipertimbangkan untuk diberikan taraf seorang pegawai berpencen. Nyatakan Alasannya.

(b)   Balu dan anak lelaki Encik Karim didapati layak untuk diberikan pencen terbitan dan/atau apa-apa pampas an terbitan. Apakah sebabnya? Nyatakan juga tempoh pemberian dan jumlah pencen terbitan yang layak diterima

(c)    Huraikan hal keadaan yang boleh menyebakan pencen terbitan yang diterima oleh balu dan anak lelaki Encik Karik diberhentikan.

(A)

Premis 1- Encik Karim meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan
Premis 2- Beliau berkhidmatan sebagai pegawai tadbir fan diplomatik secara tetap selama 5 tahun
Premis 3- Beliau baharu disahkan dalam jawatan  seminggu sebelum kematiannya.
Premis 4- Akta Pencen (Akta 227) 1980.

Merujuk kepada premis 4, seksyen 7, perengan (a) dan (b), Pemberian taraf berpencen. Menyatkan bahawa seseorang pegawai tetao boleh diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen jika ia telah-

(a)    Disahkan dalam jawtannya sekarang ; dan

(b)   Genap tempih selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasukkira.
Merujuk kepara premis 4, seksyen 8, perengan (b), menyatakan bahawa pegawai-pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pegawai berpencen ;

(c)    Seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab-sebab perubatan atau di bawah sekyen 12a sebelm genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira;
Merujuk pula kepada premis 1,2 dan 3, Encik Kasim telah berkhidmat 5 tahun,telah disahkan dalam jawatan beliau dan meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan . Oleh kerana  itu beliau layak dipertimbangkan untuk diberikan taraf sebagai seorang  pegawai berpencen.

(B)

Premis 1- Akta Pencen (Akta 227) 1980
Premis 2- Umur anak  encik Karim adalah 4 tahun.

Merujuk kepada premis 1, sekyen  14, subseksyen 1 menyatakan bahawa jika seseorang pegawai berpencen mati dalam perkhidmatan, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbtian tidak kurang dari satu perlima daripada gaji akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja.  Menurut seksyen 15,subsekyen (1) perengan (b)(i)(ii) menyatakan peneriman pencen terbitan  adalah;

(i)                  Berkenaan dengan seseorang balu atau duda, telah berkhamwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(ii)                Berkenaan dengan seseorang anak atau anak tiri tanggungan, adalah seorang anak atau anak tiri tangungan, adlah seorang anak atau anak tiri tangungan hasil perkhawinan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.

Tempoh pemberian pencen terbitan kepada anak Encik Karim merujuk kepada Premis 1, Seksyen 16 perenggan (b)  dan premis 2 dimana dinyatakan umur anak encik karim semasa beliau meninggal ialah 4 tahun. Maka tempoh pemberian pencen kepada anak Encik karim adalah 17 tahun.

Jumlah pencen terbitan yang diterima adalah satu perlima daripada gaji pegawai yang meninggal dalam perkhidmatan.

( C)

Premis 1- Akta Pencen (Akta 227) 1980

Pemberian pencen terbitan kepada anak Encik Karim akan terhenti merujuk kepada Premis 1, Seksyen 16 perenggan (b dan (c) yang menyatakan bahawa, pencen terbitan atau elau bersara terbitan yang diberikan di bawah akta ini hendalah terhenti jika penerima ;

(b) seorang anak, lain daripada anak yang cacat otak atau hilang uppya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggng dirinya sendiri atau seorang anak yang disebut dalam perenggan (c), apabila berkhawin atau apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang terlebih dahulu; atau

(c ) Seorang anak yang sedang mendapat didikan si suatu institusi pelajaran tinggi tetap tidak melebihi pelajaran yang menuju kea rah ijazah pertama, apabila tamat atau berhenti mendaptkan didikan itu atau apabila berkhawin, mengikut mana yang terlibih dahulu.

Sementara kepada Balu Encik Karim, Merujuk kepada premis 1, Seksyen 21  yang menyatakan bahawa  pencen dan lain lain ganjaran terhenti aabila disabitkan dan Sekseyn 21a, Pencen dan lain lain  ganjaran akan terhenti apabila memperolehi kewarganegaraan negara asing.


Sebarang pembetulan atau tambahan sila komen

Semoga Berjaya Semua~~

Benmaro

Friday, August 8, 2014

Prektis periksa KPSL 2

Soalan

Encik Khairul Kahiry telah diberi tanggungjawap menguruskan stor di jabatan. Sila Nyatakan dengan lengkap, Jika satu pesanan telah dibuat bagi membekalkan barang keperluan pejabat, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Encik Khairul Khairy apabila:

(i)                  Menerima bungkusan yang mengandungi barang-barang daripada pembekal.
(ii)                Didapati terdapat kerosakkan pada sebahagian barang-barang yang diterima rosak dan jumlahnya didapati berlebihan. Bolehkan tuntutan dibuat kepada pembekal?
(iii)               Encik Khairul Khairy baru mengambil alih tugas daripada pegawai lain.

(I)

Premis -1 Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan

Premis -2 Merujuk Premis 1, Bab A Penerimaan, Para 37. Menyatakan bahawa Pegawai Penerima ilaha pegawai yang diberi tangungjawap oleh ketua Jabatan untuk menerima dan mengesahkan barang-barang stor yang diperolehi.

Merujuk kepad Premis-1, Bab A Penerimaan, Para 43(a)(b)(c)(e), menyatakan bahawa En. Khairul sebagai pegawai penerima seperti mana yang disebut dalam premis 2, hendaklah dengan segera menyemak terlebih dahulu barang yang diterima daripada pembekal dengan mengambil  langkah-langkah seperti berikut. Memastikan barang-barang diterima secara fizikal bersert dokumen yang diperlukkan (jika berkenaan)seperti:-

(i)                  Pesanan Rasmi Kerajaan
(ii)                Nota atau bil serahan
(iii)               Inbios
(iv)              Dokumen kontrak
(v)                Kad jaminan
(vi)              Nota Senarai Pembungkusan
(vii)             Perakuan kualiti daripada pembekal
(viii)           ‘certificate of Origin’ bagi barang import
(ix)              Surat jaminan pengambilan balik bagi barang berhad tempoh
(x)                Dokumen dokumen lain yang berkaitan.

Barang-barang hendaklah diperiksa secara dikira,diukur, ditimbang atau diuji serta-merta oleh pegawai penerima dengan disaksikan oleh seorang pegawai lain sebelum disahkan penerimaanya. Penerima barang-barang daripada pembekala hendaklah mengunakan Borang terimaan barang-barang (BTB) KEW-PS-1 yang disediakan oleh pegawai penerima dan diperakukan oleh pegawai pengesah.

(II)
Premis -1 Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
Merujuk kepad Premis 1, Bab A Penerimaan ,Para 43 (h)(i)(j)(k), menyatakan bahawa boring laporan terima barang-barang KEW.PS-2 hendaklah digunakan jika terdapat kerosakan, kuantiti kurang atau lebih dan tidak mematuhi spesifikasi. Pegawai Penerima hendaklah menyemak salinan pesanan rasmi kerajaan serta Nota Hantaran daripada pembekal dan mencatatkan diruang No. Rujukan Penerimaan di KEW.PS-2. KEW.PS -2 hendaklah disediakan  dalam dua (2) salinan dan ditandatangani oleh Pegawai Penerima. Salinan pertama hendaklah dikemukakan kepada pembekal atau agen penghantaran mengikut mana yang berkenaan dengan serta-merta. Salinan kedua disimpan oleh stor untuk rujukan.
Ya, tuntutan boleh dibuat kepada pembekal atas barang yang diterima rosak.

(III)

Premis -1 Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan

Merujuk kepada Premis 1, Bab E Pemeriksaan, Para 203 (a)(b)(c)(d), menyatakan bahawa, Apabila berlaku pertukaran di antara Pegawai Stor tindakan berikut hendaklah diambil:-

(a)    Menyediakan Perakuan Ambil Alih KEW.PS-18 dalam tempoh dua(2) minggu dari tarikh mengambil alih stor;
(b)   Membuat semakan di Kad Kawalan Stok dan Kad Petak secara seratus peratus (100%) bagi memastikan baki stok adalh sama denagan fizikal stok.
(c)    Perakuan Beri Alih KEW.PS-18 hendakalh di sediakan dan ditandatangani oleh kedua0dua pegawai berkenaan dengan disahkan oleh ketua Jabatan
(d)   Pegawai stor yang mengambil alih tugas stor hendaklah melakukan tindakan pelarasan stok di Para 194, Jika terdapat stok lebih atau kurang.


Tuesday, August 5, 2014

Prektis Periksa KPSL 1

Soalan:

Encik Johari berkhidmat sebagai seorang Penolong Pegawai Tadbir di Wisma Putra. Beliau telah membuat pinjaman sebanyak RM 100 000 daripada sebuah bank dengan tujuan untuk membeli Amanah Saham Bumiputra (ASB). Bayaran balik bulanan yang dikenakan adalah sebanyak RM2000.00 sebulan. Sijil saham ASB tersebut disimpan oleh pihak Bank sebagai cagaran dan akan diserahkan setelah beliau menyelesaian kesemua hutangnya.

(i)                  Pada pandangan anda, adalah pegawai ini boleh dianggap berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.  Beri alasan
(ii)                Jelaskan Implikasi Perkhidmatan yang akan ditanggung oleh seseorang pegawai yang disifatkan berada dalam keterhuntangan kewangan yang serius.


( i) Premis 1 – untuk membuat pinjaman melalui bank, salah satu dokumen yang penting adalah penyata pendapatan bulanan pegawai.
Premis 2- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuam dan Tatatertib ) 1993

Merujuk kepada Premis 1, penyata pendapatan bulanan pegawai  menjadi salah satu cara pihak Bank menilai kebolehan para permohon untuk membayar balik pinjaman. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa jika permohon tidak mampu membayar ansuran bulan pinjaman tersbut kelulusan tidak ada diberi oleh pihak Bank.

Salah satu cara untuk mendapatkan kelulusan Bank bagi pinjaman berkenaan adalah dengan membuktikan pendapatan selain daripada emolument bulanan pegawai.

Apa yang dimaksudkan dengan  “berada dalam keterhutangan kewanagan yang serius” kita rujuk Premis 2, Peraturan 13, subperaturan (7) yang menyatakan bahawa Ungkapan “keterhutangan kewanagan yang serius” ertinya keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang setelah diambil kira amaun hutang yang ditangung olehnya, telah sebenarnya menyebakan kesusahan kewangan yang serius kepadanya. Subperaturan (8)(a) menyatakan bahwa seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika agregat hutang dan nilai tangungan tidak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi sepuluh kali emolument bulananya.

Pada pandagan saya, pihak Bank tidak akan meluluskan pinjaman tersebut jika pegawai tidak mampu membayar ansuran bayaran balik pinjaman pegawai tersebut. Kecuali beliau dapat membuktikan kepada pihak bank bahawa beliau mempunyai punca pendapatan selain emolument beliau yang dapat membantu beliau membayar ansuran bayaran balik pinjaman beliau.

Jikakalau beliau mempunyai punca pendapatan selain emolument bulanan beliau  maka pinjaman tersebut tidak menyebabkan kesusahan kewanagan yang serius kepadanya.

Maka  Encik Johari tidak boleh dianggap berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

( II)  Premis 1- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuam dan Tatatertib ) 1993

Merujuk Premis 1, peraturan 14 subperaturan (4) menyatakan bahawa Setelah penimbangkan semua laporan itu, Pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah memutuskan sama ada hendak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan.

Jikakalau Pihak berkuasa tatatertib mangambil keputusan untuk mengenakan tindakan tatatertib, tindakan yang boleh diambil adalah seperti yang dinyatakan dalam subperaturan (5) iatu hukuman tanguh pergerakan gaji.

Kepada perkhidmatan pergawai pula, sebarang tindakan tatatertib boleh menyebakan pegawai tidak akan dapat dipertimbangkan dalam apa-ap proses kenaikan pangkat. Pegawai turut tidak boleh dipertimbangan untuk menerima sebarang anugerah,Pegawai turut tidak akan mendapat sebagai Imbuhan seperti  bantuan khas kewangan Tahunan Kerana salah satu syarat Imbuhan tersebut adalah bebas dari tindakan tatatertib menurut surat pekeliling berkenaan Bantuan khas kewangan tahunan berkenaan.

Sebarang pembetulan dan tambahan sila komen


(=^_^=)