Hari ni dapat soalan yang agak menarik perhatian saya.
Memang Bab-bab elaun dan tuntutan nie isu yang boleh
mendatangkan ketidak harmonian suasana pejabat. Terutama diantara kakitangan yang
menuntut dan yang menguruskan tuntutan tersebut. Maka ketelitian harus ada
dalam proses tuntutan, dengan cara merujuk kepada Pekililing yang berkaitan.
Merujuk kepada permasalah yang ditanya mengenai tuntutan
Premis 1 : Arahan rasmi menghadiri kursus di ibupejabat,
Kehadiran adalah Wajib, dengan kelulusan Ketua Jabatan.
Premis 2 : Lokasi kursus di Ibupejabat, jarak dari cawangan
ke ibu pejabat ialah 38KM.
Premis 3 : Pelulus tuntutan menyatakan bahawa tuntutan ditolak kerana kursus berlangsung
dalam negeri yang sama.
Premis 4: Pekeliling
Penbendaharan Bil.3 2003
Premis 5: Perintah Perintah Am Bab B.
Baik merujuk kepada premis 1, terdapat arahan rasmi,
kelulusan dari Ketua Jabatan dan
kehadiran adalah wajib. Ini bermakna kursus tersebut merupakan urusan
rasmi Jabatan. Menurut
Premis 4 dalam perkara 2..2 (a) Yang menyatakan lingkungan pentadbiran “Ibu
Pejabat” adalah 25KM. Sekali lagi
merujuk kepada Premis 4, Perkara 4. Dibawah
tajuk Bertugas Rasmi Di Dalam Negeri
dengan jelas merujuk kepada kelayakan pegawai tersebut membut tuntutan
pembatuan (Mileage).
Persoalan seterusnya Pelulus tuntutan menyatakan bahawa
tuntutan ditolak kerana kursus diadakan didalam negeri yang sama dapat di
sangkal mengunakan Premis 4 perkara 4 sebentar tadi. Akan tertapi jika Jabatan
tersebut telah mengeluarkan arahan dalaman atau pekeliling kecil Jabatan yang
menyatakan sedemikian, maka pelulus tersebut tidak salah dalam penyataan
beliau.
Satu sebab yang nyata kenapa tuntutan ditolak adalah kerana
kenderaan rasmi disediakan seperti yang di nyatakan dalam Premis 5, Perkara
4.7.2.
Sekali lagi dalam urusan tuntutan perjalanan, dua sumber
rujukan yang penting adalah Premis 4 iaitu Pekeliling Penbendaharaan Bil 3.2003
dan Buku Wajib semua Pembantu tadbir Premis 5 iaitu Perintah-Perintah Am.
Selamat Berkhidmat....(=^_^=)... Benmaro




